SALAH FAHAM TENTANG ISLAM

                   SALAH FAHAM LAIN TENTANG ISLAM


  • Islam disebarkan melalui mata pedang

Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang iaitu 
melalui kekerasan dan peperangan. Tuduhan ini juga tidak berasas sama sekali. Al-Qur’an 
melarang umat Islam melakukan kekerasan dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa mereka menerima Islam.



  • Islam agama yang kolot dan ketinggalan

Tuduhan juga sering dilemparkan kepada agama Islam sebagai agama yang kolot, mundur, 
ketinggalan dan hanya sesuai untuk masyarakat yang kurang bertamadun sahaja. Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada hakikat kedudukan umat dan masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu dan berpecah belah. Bagaimanapun, jika kajian dilakukan secara jujur dan objektif terhadap isi kandungan ajaran Islam dan perjalanan agama Islam sepanjang sejarah manusia, kita akan dapati Islam merupakan satu agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu pengetahuan.